Thursday, 6 January 2011

Do we really know what is best for us?

Bismillah.


Hari tu mama ada suruh baca doa yang Nabi Musa baca, dalam surah Al-Qasas. Aku mula-mula tak terus selak Quran cari pulak doa tu. Lepas tu, aku bukan genius, mama baca sekali terus masuk dalam kepala otak aku.


Kami pun dah balik Jordan, kebetulan ada pesta buku kat Jordan masa tu. Abang pergi lepas tu balik bawak Quran translation english. Memandangkan masa tu aku memang takde Al-Quran terjemahan yang best, aku pun start guna terjemahan yang tu. Banyak yang aku beli masa bujang-bujang tinggal semua kat Malaysia lah pulak. 


Aku pun terserempak dengan doa yang mama cakap tu. Setelah berapa bulan mama cakap, baru tengok. Aduih. Sabar je lah. Sorry ma! Ape pun Ain sayang mama ok?


So he watered (their flocks) for them, then he turned back to shade, and said "My Lord, truly I am in need of whatever good that You bestow on me!"
Aku sangat jatuh cinta bila baca terjemahan english ni. Belum faham direct bahasa arab. Tak tahulah kan apa ustaz2 dan ustazah2 yang membaca punya pendapat yang boleh baca direct and faham bahasa quran ni. huhu. Tapi, ni yang aku rasa bila baca ayat ni.


Dalam bahasa melayunya : Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh, lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan"


Tak tahu kenapa, tapi ada terjemahan yang specify kan terus, rezeki tu sebagai makanan. Takpelah, aku nak share apa yang menyentuh hati aku kat sini. 


Mama cakap, Nabi Musa doa macam tu, lepas tu dia dapat semua yang dia perlukan. Makanan, kerja dan isteri. Pakej! Semua Allah bagi. Doa Nabi Musa ni menyeluruh. Tapi Nabi Musa tak sebut pun, nak rumah, tanah, isteri.. Dia serahkan kat Allah, tapi dia minta apa yang dia perlukan. Dan Allah tahu apa yang dia perlukan. Mashallah...


Kalau kita sekarang nak dapat semua sekali, kalau fikir dengan kepala macam tak logik kan? Nak kahwin sekarang kena ada kerja dulu, dah dapat kerja kena ada duit dulu. Banyak prosedur, aturan yang kita sendiri dah atur, kita rasa itulah terbaik. Actually, fikir-fikir balik, what makes us think we know what is best for us?




There's no logic-logic when it comes to kuasa Allah. Kalau kita perlu Allah akan bagi. Tapi, we as a humble servant kenalah mintakan, takkanlah nak goyang2 kaki lepas tu fikir, "oh takpe! Allah tahu aku dah takde duit ni!" itu sangatlah tak senonoh. Tak kerja, tak usaha dan tak doa, minta maaflah. 


Which reminds me, kami shopping hari tu. Lepas tu jumpa diapers, tengah promotion! Aku dan abang pun terhibur, murahnya! Kami pun beli untuk Nuaym. Dalam fikiran kami, wah, cukup 2 bulan ni stok dengan senyuman yang lebar di bibir masing-masing.

Dua hari lepas tu, Nuaym cirit birit. Memanglah banyak kan diapers guna. Aku terfikir balik, rupanya kami dapat diapers murah untuk Nuaym cirit birit. MashaAllah!! Detail macam tu pun Allah jaga, Allah nak bagi Nuaym cirit, tapi Allah bagi free pampers sekali. Bestkan!? Hehe. Bukanlah best Nuaym cirit, tapi seronoknya Allah jaga kita camtu kan!? Sayang Allah! :D


Sebenarnya kita yang buat life complicated, rezeki semua Allah yang jaga, bukan kerja kita nak atur-atur. But we have to work hard for it. If we work for it, Allah mesti bagi. It is as simple as that! Mashallah! 


Aku pernah tengok orang calculate, sorg anak bernilai RM300 sebulan (belanja diapers, baju, makan, taski so on..so on..)! Oh, tak cukup gaji! Tak boleh tambah anak lagi ni! Sebenarnya terbalik konsep tu. Semakin banyak keperluan, Allah akan tambah rezeki kita. Siapalah kita buat kerja Allah. 


Okey, aku dah tak larat nak taip. Makin malam makin sejuk sejak winter ni.  Semoga tawakal kita semakin kuat kepada Allah, begitu juge dengan usaha! Amin.




"Oh Allah!! truly I am in need of whatever good that You bestow on me!"





6 comments:

Ariko said...

Salam..Kak Ain..thx a lot for the du'a dan isi2nya skali..=') terus berdoa cmni...=

Ain Allen said...

salam wani. ur welcome. yeah.. so many beautiful things in Quran.. kan?

alya said...

betul. banyak benda yang sungguh tak dijangka. Allah selalu ada plan terbaik untuk kita :)

fieda said...

askm..slm perkenalan.. doa yg sngt baik. 10q atas info ne~

Ain Allen said...

alhamdulillah, ur welcome. semua pun dr Allah. :)

Baini MZ said...

TQ Ain for the info