Saturday, 19 May 2012

Istikharah dan Berserah

Bismillah.

Dah lama sangat aku tak update blog ni. So many thing going on around me. Tapi bukan semua boleh dicerita. :) Ada yang sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat ada yang cukuplah aku sorang je yang simpan.

Hari ni aku nak cerita pasal istikharah. Istikharah ni kita buat kalau kita sendiri berbelah bahagi nak buat decision. So, pening-pening, takut decision salah, kita tanya Allah. Allah kan lebih tahu? :)


Tapi istikharah je tak cukup. Lepas istikharah kena berserah. Berserah dengan apa sahaja keputusan yang Allah tunjukkan.

Nampak senang. Allah dah decidekan, apa nak kecoh-kecoh? Ikut je lah!

Tapi, part berserah ni, Allah selalu uji hati kita. Betul ke kita 100% berserah lepas istikharah? Apa sahaja keputusan yang terbaik yang Allah tentukan, kita bebetul ikut dan redha ke? Haa.. Tak senang tau.



Mama abah dari kecik dah ajar buat decision sendiri. Masa aku umur 12 tahun, UPSR dpt result, aku decide nak pindah sekolah. Tak nak belajar kat labuan dah, aku decide nak sambung kat Sekolah Menengah Al amin. Ceh, cakap mcm further study kat oversea, padahal further form 1 je pun. Haha. Tapi masa aku buat decision sendiri, call bestfriend aku kat sana minta dia uruskan. Entah macamana Allah mudahkan je, tak payah buat test pun padahal satu ape pun tak tahu bahasa arab. -_-'

Masa nak kahwin pun sama. Padahal aku dah suruh abahmama carikan suami, dorang tak mau. Dorang cakap, dorang tak tahu pun siapa yang terbaik untuk jadi suami aku, Allah lebih tahu. Bila bestfriend aku matchkan (yes, kami di matchkan oleh kawan) bestfriend yang sama uruskan kemasukan aku masuk sekolah rendah dulu, Thanks Marwah, aku terus istikharah, dah start dari situlah kami pun akhirnya setuju nak berkahwin.


Lepas aku istikharah nak kahwin dengan suami dulu, lepas tunang, lagi banyak ujian. Wah, elok lepas tunang tu, macam-macam ujian. Sampai satu tahap aku menangis setiap hari. Sampai satu tahap, aku tanya balik diri sendiri, betul ke nak kahwin dengan dia? Kalau salah macamana? Kalau dia tak sayang aku macamana? (kami tak bercinta sebelum kahwin buat yang tak tahu kisah kami.. huhu..)


Lepas tu aku akan pujuk hati, cakap balik kat diri sendiri..

"Aku kan dah istikharah, Allah knows what's best for me"




Untuk mempunyai keyakinan 100% dengan keputusan istikharah, kadang-kadang Allah akan uji kita. Macam-macam ujian nak datang time tu. Aku sendiri rasa, menguji kesabaran. Tapi selagi boleh remind diri sendiri, "Aku dah istikharah. This is the best"

Then lapang balik hati.. Lepas tu teringat lagi.. Then kene remind balik diri sendiri dah istikharah.. Huu.. Tak senang kan? Kekuatan hati untuk terus percaya kepada Allah pun kena minta dari Allah. Lemahnya manusia ni..
Kadang-kadang aku rasa seolah-olah cinta kita kene test dengan Allah. Faith 100% kat Allah? Kalau kat suami boleh percaya sepenuhnya, kenapa kat Allah tidak?



Istikharah dan Berserah.. Tak mudah... Tapi berbaloi.. :) Inshallah.




1 comment:

Aspen @ MyLovelicious said...

Awak....hu3x...nanges akak baca. Di saat2 akak sangat2 memerlukan nasihat untuk membuat keputusan