Thursday, 26 September 2013

Tanjung Rhu Resort, Mimpi Menjadi Nyata

Bismillah

Sebelum Herbalife, aku seorang student Interior Design UiTM Shah Alam. So kami selalu bersite visit - melawat tempat yang mempunyai design konsep seperti hotel, restoran atau kedai. 



Antara tempat yang inspire aku sangat sangat masa student dulu ialah Tanjung Rhu Resort di Langkawi. Masa tu lecturer bawak untuk study la kan design resort tu, dari jenis bilik, ke restoran, ke spa, swimming pool segala. 

Bila tanya harga biliknya per-malam. Mak aih.. Tapi takpelah, masa tu aku pasang angan-angan. Suatu hari nanti aku akan datang dengan inchek suami. Ececey.. padahal belum jumpa pun Musab masa tu kan..



Okey. Then kahwin, lupa jugakla dream ni kan. Tak tulis pun dalam buku. Masa tu belum serious belajar dalam herbalife. Tak belajar lagi dream kena tulis. -__-"

Lepas kahwin sibuk gila pulak. Ada anak, balik dari Jordan terus focus naik level setiap tahun, naik GET Team, naik Millionaire Team.. Mana la sempat nak plan bercuti merealisasikan impian 5 tahun yang lalu.. Dah tak ingat pun tapi entah macamana tahun ni Allah memakbulkan dream aku ni. 

Aku belajar sesuatu.. Kita selalu lupa apa yang kita doa.. tapi Allah tak pernah lupa. :')

So, Alhamdulillah.. Bulan 6 masa cuti sekolah hari tu kami pergi bercuti di Tanjung Rhu Resort ni, dan memang ianya indah khabar dan indah rupanya. Alhamdulillah. 

So nak share sikit sikit gambar. Tapi tak banyak gambar sebab malas nak usung phone kesana kemari. hihi.


Dimulakan dengan gambar budak berdua ni sebagai appetizer hehe. Ni memang muka tengah bengang sebab kena kejut bangun tidur.

Rupanya dorang takde check-in kaunter, dorang bawak kite ke bilik and isi segala form kat bilik kita ni. :0 -- jakun tak pernah jumpa pesen ni

Katil Nuaym dan Balqis juge disiapkan. :0 -- jakun lagi. 
(Padahal malam-malam semua nak menyempit 4 orang satu katil -____-")

Anak anak punya ultimate goal ialah mandi manda. Jadi masing-masing dah suit up!

Balqis baru reti nak jalan time ni

Ini sand pool. Takdelah kene berjemur kalau dorang nak mandi sampai kulit kedut pun. hehe. 

To spend time with your children like this, tanpa perlu ada rasa takut dan risau tentang keluar duit banyak is priceless. Alhamdulillah.. :') Dorang mandi puas-puas. Kami duduk tepi. 


Strolling with husband.. A dream come true. (Walaupun dah ada dua anak :p)


Aku ingat lagi dulu, masa datang pertama kali, sebagai student, jalan celah-celah ni kena senyap. Cakap kuat sikit, Prof akan pandang sambil 'SHHHHH!!!!' Tapi kali ni aku datang sebagai tetamu Tanjung Rhu sendiri.. :') Really its a dream come true.. Alhamdulillah..

Sunset by the beach

Strolling sambil usung anak pun boleh romantis :B

MashaAllah.. enjoying the sunset. Pic taken by my dad. 


Okey. Ada orang merajuk takmau mandi. 
Nak mandi Sand Pool sampai malam tapi mama dengan papa dah lapar. T___T

Ni View dari beranda bilik aku. Enjoying my teamix and shake from here.

We are going out for sight seeing di Langkawi


Budak berdua ni tak letih lagi, nak explore bilik. -__-" Biliknya pulak besar! 

Beautiful morning view

Jom kita breakfast!

Mata Balqis bengkak lagi.. baru bangun tidur kena paksa makan

Only for this occasion, mereka boleh memilih makanan mereka and Nuaym pilih nak makan sushi for breakfast -____-"

Husband, tak boleh duduk diam. Kerja masa cuti. Alhamdulillah, we love our job! Bila bekerja pun tak terasa macam bekerja. :)

Sebenarnya aku tak pernah sangka, aku akan menjadi tetamu kat Tanjung Rhu Resort ni. Its too good to be true.. But still, nothing is impossible.. kan?

Jadi jangan ambil lewa. Apa yang anda inginkan sebenarnya boleh jadi kenyataan. Tiada impian yang terlalu mahal sebenarnya asal kita bersedia untuk bekerja towards achieving the dreams.

Hanya perlu berani bermimpi. :)

Kami dalam pencarian mencari pemimpi-pemimpi tegar yang ingin bekerja keras untuk mencapainya. Jika anda masih mencari jalan untuk mencapai mimpi anda, dan masih belum jumpa penyelesaiannya, mungkin andalah orang yang kami cari. Kami bersedia untuk membantu dan menunjukkan caranya. 

** HASIL PENDAPATAN TIDAK TIPIKAL, KEPUTUSAN MUNGKIN BERBEZA-BEZA **

No comments: