Friday, 4 October 2013

Bila Kita Rasa Down

Bismillah

Sebelum anda baca lebih lanjut, ade warning, entri hari ini memang sangat berkait rapat dengan karier Herbalife. hehe. Sebab Herbalife karier aku, tak tahu nak bagi perumpamaan apa. 

Semalam aku dan Musab dijemput untuk buat focus group online kepada Distributor Herbalife di Indonesia. Ada few yang bertanya, bagaimana mengekalkan motivasi yang tinggi sepanjang masa. Honestly, hari tu masa Mas Sofhyan datang aku tanya the same question. 


Challenges. At some point of our life we will face challenges. Bukan sekali. Banyak kali. Aku tak tahu kalau ada orang yang kehidupan dia tenang je, tak bergelora langsung. Tapi rasanya semua orang akan terpaksa menghadapi challenges.

Setiap orang challenges berbeza. Allah lebih tahu hambanya dan Dia menghantar challenges ni mengikut kesesuaian masing-masing. Jadi tak semua orang situasinya sama. Kadang-kadang kita nampak certain people senang gila hidup dia. Tapi sebenarnya kita tak tahu pun.

From my experience, challenges selalu membuatkan kita menjadi manusia yang lebih baik. Susah macamana pun ujian tu, if we survive, we'll walk out of it with victory and become a better person.



Ala-ala macam ni la aku imagine kalau kita berjaya survive challenges in life. Hihi. Drama sangat kan!? Yela.. Keluar dari explosion tu dah habis lawan-lawan segala, dah luka-luka, tapi still survive and we come out as a better person. 

Of course tak selalu kita boleh ingat scene explosion ni kan.. Bukan sepanjang masa kita boleh berfikiran waras tatkala menghadapi masa genting dalam hidup. Mesti ada juga masa tangis dan sedihnya.


Actually tak salah menangis. Aku selalu nangis. Raja nangis. T___T tapi nangis jangan lama-lama. Nak down jangan lama-lama. Bila ditolak, we get back up cepat-cepat. Kalau boleh, jangan bazirkan tangisan itu begitu sahaja. Jadikan itu why yang kuat untuk bangkit kembali, bayar kembali tangisan yang kita dah keluarkan.

Banyakkan solat, baca Quran dan jaga hubungan kita dengan Allah. Apa pun, hati kita Allah pegang. Apa yang kita rancang, yang akan mengizinkannya berlaku pun ialah Allah. Apa pun kembali kepada Allah. 

Sekali tu tengah sedih down rasa hidup tak bermaya. Aku selak Quran jumpa ayat ni.


(Al-ankabut, ayat 2)

Sambung nangis lagi.. T___T malunya dengan Allah. Macam Allah hantar direct message kat aku. Terus cakap dengan Allah masa tu.. Okey Allah, I'll be strong.. :')

Jadi kalau korang rasa sedih lemah tak bermaya, buat solat sunat, mengadu kat Allah, cuba selak Quran tengok. Kalau kita mencari mesti Allah akan bagi jawapannya. 

Boleh jugak baca buku-buku personal development. Ni antara buku favorite aku. 


Hari ni nak share sikit apa yang aku baca recently, banyak yang aku belajar dari buku-buku ni. Setiap kali baca akan belajar benda baru. 

Menghadapi ujian perlu ada kesabaran. Itu antara kunci untuk walk out of the challenges with victory. Sabar dan tenang. Tatkala menghadapi ujian itu, ketahuilah yang ini bukan ujian yang terakhir dalam hidup kita. Ujian akan tetap datang. Jadi kalau dah tenang dan sabar, kita takdelah meroyan sangat kan menghadapi satu-satu ujian tu? Tapi kita akan menghadapinya as a better person after each challenge tu. Kan? 
Those that achieve greatness have to surmount an oceans of difficulities and hardships before finally achieving success. Know that each time you escape difficulties you will have to face another one. Through this consistant conflict, you must arm yourself with patience and strong trust in Allah. 
-Don't Be Sad, Dr Aidh Al-Qarni- 
Memang aku sendiri terasa, setiap kali fight next level, ujiannya ada dan berlainan. Yes. Every level! Supervisor, World Team, GET Team, Millionaire Team! Semua ada ujian! Yang tak disangka-sangka pulak tu! Lagi-lagi masa dalam bulan qualification. Ya Allah... memang menangis memanjang. Tetapi setiap kali aku bertahan, aku akan menjadi manusia yang lebih baik dan lebih matang. Income pun bertambah sebab dah naik level. So nampak tak? Kehidupan memang akan bertambah baik kalau kita bertahan. :)


Kadang-kadang challenges kita hadapi tu sebenarnya kecil je. Kalau kita hadapi dengan tenang, sekejap je benda tu berlalu. Sakitnya pun tak lama. Masalahnya bila challenges kecil, kita susah-susah hati fikir lepas tu besarkan pulak. Luka kecil jadi luka parah.

Dr Aidh tekankan lagi dalam buku ni pasal orang yang selalu besarkan benda yang remeh, dijadikan isu besar sampai bergaduh sesama manusia then terbawa-bawa dan buang masa. Dia cakap selalunya orang yang macam ni,
They have no aspiration to higher principles or goals to keep them busy, and they have no noble ambition in their lives to an end for which they can strive day and night. 'When the water leaves a container, it is then filled with air'
Takde tujuan hidup sampai benda kecil pun dia nampak kan? :0 takutnya jadi orang macam ni! 


Dr Aidh bagi contoh bergaduh suami isteri. Biasalah, baru kahwin challenges nya ialah menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing. So selalu gaduh hal kecil, dan benda tu terbawa-bawa sampai satu hari tak boleh nak buat kerja. Nampak sangat takde focus dan goal yang nak dikejar.. 

Okey serious. Aku dah pernah jumpa orang macam ni, asyik bergaduh je.. Satu kerja pun tak jalan kalau bergaduh. Muka pun masam. Orang nak dekat pun takut. Sangat tak attractive! :(

Nota extra : Kalau ada masalah komunikasi, kene selesaikan. Kalau tak buat apa-apa, biar je macam tu, masalah tu takkan selesai. Cari buku tentang suami isteri, macamana nak komunikasi. Kalau tak selesaikan sekarang, tak berubah sekarang, sampai bila-bila pun gaduh..

Hmmm.. Kalau suami isteri bergaduh hal kecil pun perkara remeh. Apatah lagi bergaduh boyfriend girlfriend. Remeh tahap apa tu tak taula aku .___. **malas nak ulas** Yang belum kahwin, jadikan kahwin sebagai target why kena kerja kuat. Kerja kuat kuat, focus 100%, masuk meminang. Allah pun suka. hihi

Tak tipu. Aku sendiri pernah buat benda-benda ni. Kita manusia, tak lari dari kesilapan. Tapi there's always room for improvement. Boleh berubah hari ini untuk menjadi lebih baik esok. :)
Mas Andrew dan Mba Mee Yauw dengan abangnya Mas Sofhyan, rindu!

Teringat dekat Mas Andrew Indrawan dan isterinya Mba Mee Yaw, 20K Senior Exec Presidents team member. Dorang cerita masa dorang dalam kualifikasi President Team, masa tu kira Millionaire team lagi la.. dorang dah tak sempat bergaduh suami isteri. Focus sangat! Sebelum tidur, rancang besok nak buat apa, bangun tidur terus kerja! Focus! Dan sekarang mereka dah pun Pres Team. 20k 2 diamond lagi. Mereka sangat focus sampai tak sempat nak bergaduh hal kecil! Hati tak sakit, goal tercapai!

Jadi sebelum nak gaduh benda kecil-kecil, terasa hati kecil-kecil tu, merajuk berpanjangan tu.. fikirkan la dulu. Berbaloi ke nak buang masa? Bukan masa je, emosi pun ditarik sekali. Sudahnya perasaan negatif gila. Macamana nak focus? Kalau nak merajuk manja sikit-sikit tu okey je senanye, tapi jangan lama-lama sampai jadi tak produktif! hehe :D

Okey. Mungkin susah kan untuk berubah. Kalau dah biasa emosi hanyut benda kecil-kecil. Nak buat apa? Dr Aidh kata kena sibukkan diri! Sedih sekejap sekejap boleh. Kita manusia. Bukan robot. Tipu gila tak sedih. Tapi tak perlulah lama-lama. 

(Aali imran, ayat 139)

Dr Aidh cakap, dalam islam pun tak menggalakkan kita lemah dan sedih. Bila kita down, hati tak dapat apa-apa pun manfaat. Selalunya badan pun lemah untuk buat kerja produktif. Jadi apa yang kita dapat dari perasaan sedih dan down ni?

Kalau hati sakit dek perbuatan atau perkataan orang. Maafkanlah.. memang susah. Tapi fikirkan, kita memaafkan dia bukan untuk dia tetapi untuk diri kita sendiri. Bila kita memaafkan kita sebenarnya membebaskan diri kita dari kesedihan. 

Mas Sofhyan datang jumpa hari tu cakap macam ni kat aku...

"Selagi belum boleh memaafkan orang yang menyakiti kita selagi itu kita tak boleh grow",

Aik. Dia buat jahat kat kita, kita pulak tak grow. Bukan.. Jangan fikir macam tu. Maafkan dia untuk diri kita sendiri. Ni soal hati. Kalau kita keras hati, susahkan nak maafkan orang. Kita sendiri yang membataskan kejayaan kita. Okey serious susah. Aku pun belajar lagi. Moga Allah beri kita kekuatan untuk memaafkan mereka.. T_T

Dr Aidh cakap, bila orang sakitkan hati kita. Mungkin kita boleh belajar sesuatu dari kejadian itu. Ambil yang baik, mungkin Allah nak didik kita. Biarkan dia. Tu antara dia dengan Allah. Yang penting kita tetap berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik! :D InshaAllah..


Jika orang bagi kita buah lemon. Kita buat lemon jus. Mula-mula aku serious tak faham apa kena mengena down dengan lemon? Rupanya lemon tu masam kan? Tak sedap kalau makan saja-saja. Tapi kita ambil lemon yang masam tu, dan buat lemon juice. Sedap dan boleh dikongsikan dengan semua. :)

Susah gila. T__T tapi kalau nak jadi manusia yang lebih baik kena lalui jugak kan? Kalau kita tak improve diri kita sampai bila-bila pun kita takkan berubah. 

Last sekali. Senyum! Kita boleh berubah untuk menjadi lebih gembira kalau kita nak, asalkan kita berusaha. Kejatuhan hari ini bukan bermakna selama-lamanya jatuh. Bukan bermakna selama-lamanya sedih. Tetapi untuk kita belajar menghargai kejayaan akan datang. InshaAllah. 

Percayalah, we will walk out if this challenges with victory and become a better person, InshaAllah! **sekali lagi gambar Wolverine**

Kepada semua yang tengah down tu.. We can do it! :D

Semoga Allah terus beri kekuatan untuk kita semua. Ameen. :)


5 comments:

Nadhirah Ahmad said...

salam. sy suggest akak sertakan skali surah mane ayt quran yg akak share tu. tq :-)

Ain Allen said...

Okey. Will do. Thanks!

Miftahul Jannah said...

Salam Sis Ain,

MasyaAllah...kebetulan saya memang tengah rasa down sangat-sangat kebelakangan ni.Tergerak hati nak surf your sister's site dan ternampak your post on this.

Allah telahpun menjawab doa untuk menghilangkan kesedihan hati saya pada hari ini.

Benar, hendak berubah bukanlah senang dan bukan semua orang boleh lakukannya.Moga Allah terus beri saya kekuatan untuk hadapi hari-hari mendatang.

Ameen and Wassalam.

Tg Nor Ain Hartini said...

;) good

Tg Nor Ain Hartini said...

;)