Tuesday, 1 October 2013

Herbalife Bawa Kami Ke Melbourne!

Bismillah.

Ni cerita dah agak lama tapi nak cerita jugak! Haha.

Setiap tahun Herbalife akan bawak few distributor yang bekerja keras sikit untuk bercuti. And Herbalife akan bayar semua! Percutian tu percuma! Hehe. Masa nilah semua leaders-leaders akan longgar urat kejap, cuti tak pikir pasal kerja kejap. Kalau taknak bercuti terpaksa bercuti, herbalife mmg nak bawak! :D

Alhamdulillah, selepas bekerja dan bekerja dan bekerja, dengan izin Allah, kami qualify Free Vacation ke Melbourne! Ni kali kedua aku ke Australia, kali pertama aku pergi abah mama sponsor. So kali ni pergi hasil usaha sendiri, tak susahkan sesapa, tak minta duit kat sesapa. Alhamdulillah. :D


Persediaan Awal : Baju Sejuk! Kat rumah dah test sebab excited gila. Haha. Budak-budak ni pun sampai tak nak buka baju sejuk -__-"

Sebenarnya tak berapa banyak gambar aku sebab melayan anak-anak lebih utama masa ni sampai lupa nak ambil gambar. Yelah, dah focus kerja gila gila untuk bawak anak pergi vacation ni, dah sampai vacation, mestilah nak focus kat anak anak kan? :)


Ni first day. Muka semua tak mandi lagi. Haha. Sampai je terus jalan-jalan kat bandar. Jumpa kedai halal, duduk tepi makan. Just enjoying the environment. Boleh tahan berangin masa ni. Sejuk!


Sambil duduk duduk tepi makan tu, dengar budak-budak ni main muzik. Boleh tahan jugak! Lagi menarik sebab budak-budak ni sangat kecik! This is way better than playing video games. :B


Masuk je bilik, nama kami on screen. :0 ni jakun ni. Tak pernah tengok nama tetamu atas screen tv. Dalam herbalife je orang treat aku macam ni, Alhamdulillah... :') 


Malam, kami dibawa makan. Macam-macamlah ada. Udang segala. Hehe. And serius kami tak payah bawak duit pun sebab Herbalife bayar everything! Alhamdulillah!

Besoknya kami dibawa tengok lifestyle traditional orang sini aku rasa.. Kami tengoklah dorang cukur-cukur kambing, dan ade few lagi binatang peliharaan ala-ala farm gitu. Agaknye macam rumah kampunglah ni. Tapi cantik juge rumah kampung dorg ni.


Adegan Cukur Kambing

Pegang sendiri bulu kambing. Bulu ni la orang dok buat baju. Kalau tak datang sini takde maknenye nak pakai baju bulu kambing. Mandi peluh kalau pakai kat Malaysia. Haha

 Singgah Kilang Coklat!
 Coklat Terjun!
Pisang celup coklat. Untuk Nuaym.

Lepas tu kami dibawa tengok Penguin. Seumur hidup ni first time aku nak tengok penguin. Penguinnye bukan dalam kurungan ye, penguin liar. So kitorg tunggu la dorang balik keje. Haha. 

Disebabkan tak boleh ambil gambar sebab katenye nak reserve wildlife la ape segala, aku curi la gambar dari internet sikit supaya korang boleh imagine apa yang aku cerita. 

Ni la tempat kami duduk, tunggu tengok penguin. Masa sampai tu rupanya Herbalife dah reserve tempat kat depan sekali! Mat saleh2 pun kena duduk belakang herbalifer! :0 Akak yang jaga seating tu siap jerit, "Herbalife! Herbalife!" dan orang yang ada button Herbalife je boleh masuk! Never been so proud as a Herbalife Distributor. Tak perlu jadi anak raja pun, they treat you like royal! Alhamdulillah. Kalau datang vacation sendiri pun belum tentu boleh reserve gitu ok! 

Itik pulang petang quotes in Malaysia can be Penguins pulang malam here. hehehe

The next day is free and easy. So kitorg jalan sebebasnya di bandarnye. Sampai ke market. Macam-macam barang ada. Shopping! 




Buah macam cherry and strawberry la yang kita makan banyak banyak kat sini! Borong!

Sehari penat bershopping dan berjalan, malam tu kami dibawa dinner elegant oleh Herbalife. Free! Just kena siap siap baju cantik je. hehe.

Susah tau nak suruh dorang duduk diam diam -__-"

Lepas gambar, makanlah puas puas! COmot pun takpe, mama dah redha. huhu

This is with all Our Presidents Team Upline! :D

Disebabkan aku gila dessert, ni gambar dessert. Sedap gila! Tak pernah rasa. Apa tah nama dia. huhu.

 Abang dapat ape tah ni.. Best dress kot. 


Esoknya kami dibawa main salji!! Naik atas Mount Baw Baw. Area atas tu semua reserve for herbalifer nak main slide tu. Banyak sangat benda yang herbalife reserve untuk qualifier, memang masa ni tak ingat dah penat kerja. Alhamdulillah.. :')


 Dalam tu orang main slide, luar anak-anak main salji. First time jumpa salji ni!!!


 Balqis excited!

Buat snowman konon. Rupanya susah jugak nak buat snowman ni. Jenuh nak mengepul salji tu.

Balqis just excited tengok benda putih halus halus ni 


 Berjaya cipta snowman!


 Family Potrait!

Time ni dah sejuk sangat dah ni. Tapi Alhamdulillah, syukur kami diberikan peluang ni dengan Herbalife. 

Dulu aku ingat lagi, masa kecik-kecik aku selalu terigin nak tengok salji, 
sebab aku lahir kat UK pulak, aku selalu tanya mama,

"kenapa mama tak tapaukan salji tu. Nanti ain dah besar bolehlah main"

Tapi Alhamdulillah.. sekarang aku boleh bawak anak-anak main salji dan aku sangat percaya ni bukan kali terakhir aku akan bawak mereka main salji. InshaAllah banyak lagi journey salji kami dengan Herbalife lepas ni! :D

Bukan kami je yang Herbalife bawa ke Percutian Percuma ni, ramai lagi dari team kami yang bekerja keras untuk qualify. Yang lagi best bawak satu family! Tak payah nak surat surat permohonan, bawak je! :D

Ismail dan Ayu, downline kami yang ikut bersama. Alhamdulillah. Mereka bukan bawak anak je, malah bawak sekali ibubapa mereka. Penat-penat kerja, hasilnya boleh share dengan ibubapa sekali. :) **we are so proud of you Mael and Kak Ayu** aku doakan agar lebih ramai lagi dari team kami yang akan sertai kami lepas ni! ameenn :')
(**hasil pendapatan tidak tipikal, keputusan mungkin berbeza-beza)


 Maryam dan Hafiz, memulai bisnes Herbalife di usia 19 tahun, sekarang bukan je mereka yang qualify malah kakak dan abang ipar pun turut serta. Yang paling best boleh kongsi dengan ibu bapa mereka. Satu family ke vacation!
(**hasil pendapatan tidak tipikal, keputusan mungkin berbeza-beza)



Atie dan Yus, bawak anak dan ibu bapa masing-masing. Kejayaan dalam herbalife dikongsikan dengan keluarga, terutama ibu bapa. Amazing gift that Herbalife give us. Alhamdulillah. 
(**hasil pendapatan tidak tipikal, keputusan mungkin berbeza-beza)

Mereka semua masih muda. Usia belum pun mencecah 30 tapi dah boleh berkongsi kejayaan kerja keras bersama ibubapa. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, Allah menghadiahkan Herbalife kepada kami. Herbalife ni career kami, sama je macam semua orang yang ada career masing-masing. Seolah-olah segalanya herbalife ye? Bukan taksub herbalife, tapi inilah kerja kami. Dan selepas bekerja, Herbalife bayar. Sama je macam semua orang yang bekerja and dapat gaji. kan? Cuma bezanya kami mempunyai kebebasan masa dan kewangan. Alhamdulillah.

(**hasil pendapatan tidak tipikal, keputusan mungkin berbeza-beza)

Dengan mama dan abah, adik kami Amalina dan Abqari, dan anak-anak. Amazing with 
Herbalife, kami bercuti sekeluarga, bekerja pun sekeluarga, semua pun sama-sama. Alhamdulillah.

For new herbalifer, believe, anda juga boleh ikut kami ke next vacation bersama Herbalife! Percaya, doa, dan kerja!! :D Semua orang ada peluang yang sama dengan Herbalife, kerja keras dan percaya diri sendiri je yang membezakan kita. Tak lama lagi Herbalife akan announce pasal Vacation 2014 aku rasa, so jom focus and go Next Vacation! :D


No comments: