Tuesday, 3 December 2013

Being a Supermom?

Bismillah

Ceh. Tajuk macam ape je. haha. Padahal takdelah supermom sangat kan. hihi. Senanye keadaan agak tough bulan ni, tu pasal tajuk entri pun nak tough gak kan. Hehehe.

Macam macam berlaku pada kami sekeluarga bulan ni. Antaranya sekarang ni, tatkala aku tengah menaip entri ni, Balqis terbaring demam kat sebelah. :( 



Serious. Lama pula dia sakit kali ini, dah jumpa doctor, katenye nothing serious. Maybe macam orang tua-tua selalu cakap tu, sakit nak pandai. Nak pandai cakap kot.. huhu. Harapnya cepat sembuh anak mama. Bukan Balqis sorang je sakit, aku yang menaip ni pun tengah srot sret hidung. Takkan sakit nak pandai gak :8|

Alhamdulillah, Nuaym masih aktif walaupun hidung srot sret macam aku. So bila Nuaym aktif ni, aku kenalah buat something untuk attract focus dia sepenuhnya. Since husband busy duduk depan pc sebab EOM hari ni. Kalau tak selalunya memang die manja merengek dengan papanya jugak.

Nuaym sayang.. Mama tak berapa pandai buat eksperimen volcano-volcano tu, tu bakat makngah awak. Kerja art bolehlah. Nanti mama kene tengok tutorial dulu ok..

 Home Sweet Home la kononnya

 Projek aiskrim dan rumah. Haha. Takde kena mengena.

Since bibik pulak kebetulan takde sekarang, aku kena handle jugak kerja rumah sedikit sebanyak. Especially baju yang menimbun banyaknya kalau ditangguh. Plus Balqis muntah dan Nuaym yang kadang-kadang kencing malam. 

Teringat ada orang tanya aku, how do you manage your time plus herbalife career? yes. aku kerja juga tau. Ada career. Cumanya aku kerja dari rumah hehe :D 

So hari ni aku akan menjawab soalan ni setelah ramai jugak ibu-ibu yang buat herbalife tanya kan.. Just a humble sharing from my experience. :)

Memang stress bila tengok, alamak, rumah sepah, baju tak basuh, gauges herbalife belum cukup, kerja belum siap, ada pulak time kena focus depan lappie tanpa gangguan anak-anak, kadang-kadang kena layan anak-anak, and the list go on... Banyak lagi kerja as a mother anak dua and a herbalifer ni.

So apa yang aku buat selalu kalau dah berserabut sangat banyak kerja.

1. Tarik nafas dan bernafas dengan tenang.
Serious. Ni maksud aku betul-betul tenangkan diri. Waraskan diri. Kalau rasa nak nangis, nangis dulu. Sampai rasa taknak nangis dah. Kalau tak berenti nangis maksudnya belum berjaya waraskan diri. Hehe. Tenang... Kalau kita asyik nangis, anak pun boleh rasa ketegangan yang kita rasa. Be strong! :D

2. Listkan semua kerja yang banyak-banyak tu.
CONTOH; basuh baju, call customer, basuh pinggan, lipat baju, buat flyer STS.

In my case, flyer sts sangat penting dan melibatkan ramai orang so, itu yang first sekali. Diikuti dengan call customer, sebab nak qualify Bali next year itu sangat penting bagi aku.  Dan seterusnya barulah kerja rumah. Dalam kes aku, Lipat baju paling tak mengganggu, sebab kalau abang atau anak-anak nak guna baju pun, diorang boleh ambik je walaupun belum lipat. So susun ikut priority. 

3. Start buat action ikut turutan priority
Buat satu-satu dengan tenang. Jangan stress. Kalau tak sempat lipat baju sebab ada hal lain, jangan stress. Terima dengan tenang yang kita tak sempat buat. 


Kadang-kadang kerja lain tak jalan sebab anak nak perhatian, so aku akan kendong dia macam ni sambil buat kerja lain cepat-cepat. 

Memang ada masa kadang-kadang kita tak sempat buat macam-macam, sebab meeting setiap hari atau ada booth setiap hari, atau ada appointment setiap hari. Set your priority. Kalau rasa vp tu penting, then kena memanglah appointment dan booth harian tu lebih penting. So, kita sendiri kena jelas, apa yang penting bagi kita? 

By the way, kenapa aku asyik sebut sangat lipat baju sebab aku sendiri tak tahan sangat tengok baju tak berlipat. Aku sendiri cerewet. -_- Tapi semenjak dah susun priority dah tak stress, sebab aku tahu kerja lain yang lebih crucial pentingnya dah selesai. :) 

Tapi kalau boleh janganlah tangguh. Buatlah dengan segera. Kalau tengok tv still ada dalam jadual harian, means you still have to prioritize your work. Tengok tv sepatutnya last sekali. Bersembang dengan member. Tengok facebook lama-lama, stalk orang kat instagram. Sikit-sikit pun boleh ambil masa kita. So, kena buat cepat-cepat apa kerja yang kena buat. 


Husband sibuk dengan kerja pun tolong-tolong dengan kerja rumah dan anak-anak. 
Saling tolak ansur. 

Of courselah, husband pun banyak tolong settlekan kerja rumah jugak. Thank you abang, i love you! hehee. Tapi kalau dia tak sempat nak tolong pun aku akan bertenang cuba settlekan satu-satu sendiri. Ha gitu. 

Kadang-kadang kita akan rasa macam, we are juggling and at the same time trying to stay balance on a tightrope. Serious. Macam susahnyaa! Rasa nak meletup kepala kan? 




At first memang macam tu, tapi kalau dah biasa, prioritize, kita akan jadi cekap buat kerja satu-satu dengan cepat. And janganlah selitkan browsing through internet, fb, twitter and ig in between the list yang kita kene selesaikan. Buang masa tu namanya. Last sekali kita akan rasa penat and tak sempat buat apa-apa padahal kita banyak buang masa kat benda benda kecil macam tu. :)

Jadi kalau rasa tough awal-awal ni, bersabar k. Semua penat lelah ni tak sia-sia. Kadang-kadang Allah uji macam-macam ni nak latih kita supaya jadi lebih baik. Especially young mummies, baru nak belajar. Termasuk akulah yang menulis ni. ^_^ 

Abah selalu pesan kat kitorg;


"One step at a time, every step is important" 

So jangan stress. Settlekan satu-satu dengan tenang. Jangan lupa banyak-banyak doa! 

May Allah give us strength and wisdom everyday to be a better person, a better mom, a better wife everyday.... :)

No comments: