Sunday, 1 December 2013

Don't Talk to Strangers Nuaym!

Bismillah

CERITA PENDEK PASAL NUAYM :)



Dari kecil kita dah selalu dengar pesanan dari adults, dont talk to strangers! Yes. Dan aku cuba untuk mendidik Nuaym pasal ni sekarang. 

Dont talk to strangers. 

Satu hari aku terjumpa video pasal Lolipop Bait ni, memang untuk parents pun boleh mendatangkan trauma jugak tau video ni. (Kalau nak tengok korang search je 'Lollipop Bait' kat youtube) Bagus jugaklah mengingatkan parents, sebab anak anak ni memang kejap je boleh hilang dari depan mata kalau leka. T__T

Especially yang kecil, baru dapat kaki, and belum berapa nak faham pasal hilang-hilang ni.

So aku tengok video ni dengan Nuaym sambil beriya pesan kat dia.

"Jangan ambil lollipop dari orang tak kenal okey? Bahaya!!!"

At first, dia macam faham. Sampai muka dia nampak takut juga tengok video ni. So aku dah rasa lega sikit boleh fahamkan dia. 

"Okey, jangan ambil lollipop, bahaya!" dia pun ulang-ulang pesanan aku tu. Okey. Sampai ke Balqis pun dia pesan. 

Then.. 

Dah tutup lampu. Semua dah nak tidur. Mata dah pejam. Tiba tiba dengar dia bersuara lagi.

"Mama, kalau ice-cream?"

"Tak boleh jugak! Bahaya jugak! Kalau orang yang Nuaym tak kenal bagi tak boleh ambik tau" sungguh-sungguh aku jawab.

"Okey" 

Diam. Dah nak lelap mata lagi sekali.. Tiba tiba dia tanya lagi.

"Mama, kalau nasi?" -____-'

"Tak boleh jugak Nuaym.... Kalau orang tak kenal bagi apa apa pun tak boleh ambik tau" kali ni papa Nuaym yang jawab.

"Okey.." tak sampai beberapa minit, dia tanya lagi.

"Kalau nasi tu tambah kicap?"........ T____T

"Tak bolehlah Nuaym, esok kita sambung lagi ye," Papa terus buat penutup bicara. Nasib baiklah dia tidur jugak malam tu. 

Hadoii Nuaym nuaym.. Kena sebut setiap harilah ni, sampai faham. Yang lawaknya sekarang kalau aku ajak makan ais krim dia yang marah beriya.

"Bahayalah mama!" Bahaya tu kalau orang tak kenal bagi nuaym.. -___-'

Tu jelah celoteh Nuaym aku nak cerita malam ni. Hehe. Semoga Allah memelihara anak-anak cucu cicit zuriat kita semua. Sesungguhnya Allah sebaik-baik penjaga. Amin.. 

1 comment:

permatabiru said...

bijak nuaym..kna pesan berkali2..